Karena aku pria yang bermartabat dan dapat dipercaya, aku tahu apa yang akan dikatakan orang-orangku jika aku tetap punya pacar. Itu tidak baik bagiku karena itu akan merusak reputasi dan karirku karena orang-orang mengenalku. Aku tidak terlalu menyukai perempuan. alasannya.. Aku akan mempertahankan pacar jika aku menginginkannya untuk kesenangan tapi itu terlalu beresiko karena dapat merusak citra dan kepribadianku untuk membangun kepercayaanku dengan orang-orang yang tinggal bersamaku dan juga komunitasku. Aku tahu bahwa anak perempuan adalah sebuah kewajiban dan mereka datang dan pergi dengan banyak pengeluaran tanpa mendapatkan imbalan apa pun di masa depan, jadi menurutku itulah alasan utama mengapa aku tidak memilikinya dalam hidupku.. Aku Saya pria yang terlatih dan saya memahami kehidupan gadis-gadis muda dengan pria dan itu tidak cocok sama sekali jadi itulah mengapa saya mencari orang yang lebih tua karena saya tahu kami bisa cocok untuk hubungan dan untuk masa depan yang lebih baik
Riwayat
Rabi'ah - Serikandi Islam
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada
Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini.
Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati
Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di
mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah
ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi
pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah
akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah
sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal
dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik
hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia
terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak
kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di
hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu
sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah
tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian
berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat.
Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke
dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa
berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul
Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu
menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik,
kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan
biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja
bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah
dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian
serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk
melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul
Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul
berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah
berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun
raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi.
Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya
juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok
kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul
Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah
sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah
melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah.
Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba
dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul
mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang
pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu
mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan.
Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang
banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama di luar
kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok
Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta
yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin
menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta
harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada
seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta
yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada
lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu
adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima
kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk
menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul
Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar